BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 4 February 2014

Kord lagu 'Menanti di barzakh'

     Am                  Dm
Ku merintih, aku menangis,
      G                      C
Ku meratap, aku mengharap,
     Am                  Dm
Ku meminta dihidupkan semula,
      G                    Am                  E
Agar dapat kembali ke dunia nyata,
    Am          Dm
Perjalanan rohku,
    G                            C
Melengkapi sebuah kembara,
   Am           Dm
Singgah di rahim bonda,
    G                             C
Sebelum menjejak ke dunia,
   Am           Dm
Menanti di barzakh,
   G              C
Sebelum berangkat ke Mahsyar,
   Am           Dm
Diperhitung amalan,
   G                                 Am
Penentu syurga atau sebaliknya,
  Dm                                         G
Tanah yang basah berwarna merah,
   C                                        Am
Semerah mawar dan juga rindu,
  Dm                            G
7 langkah pun baru berlalu,
  C                                Am
Seusai talkin bernada syahdu,
  Dm                              G
Tenang dan damai di pusaraku,
  C                             Am
Nisan batu menjadi tugu,
  Dm                                        G         Am
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku,

  Am                Dm             G            C           
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
  Am              Dm
Seakan ku dengari,
  G                                       C
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
 F                 Dm     G                    C
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
  Dm           G            Am
Tetapi ia sebenar kejadian,
 Am                    Dm
Kembali roh kembali,
 G                       C
Kembalilah kedalam diri,
  Am           Dm
Sendirian sendiri,
  G                               C
Sendiri bertemankan sepi,
  Am              Dm                G              C
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
 Am               Dm
Terbujur dan kaku,
 G                                   Am
Jasad didalam keranda kayu,
  Dm                                 G
Ajal yang datang dibuka pintu ,
  C                                    Am
Tiada siapa yang memberi tahu,
  Dm                                G
Tiada siapa pun dapat hindari,
  C                                  Am
Tiada siapa yang erkecuali,
 Dm                              G
Lemah jemari nafas terhenti,
 C                                 Am
Tidak tergambar sakitnya mati,
 Dm                                    G                Am
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi,
  Am                          Dm
Jantung berdegup kencang,
 G                                 C
Menantikan Malaikat datang,
 Am              Dm                  G               C
Mengigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
 Am               Dm
Selama ini diceritakan,
 G                 C
Kini aku merasakan,
  Dm                     G             Am
Dialam Barzakh jasad dikebumikan,
 Am                        Dm
Ku merintih, aku menangis,
 G                             C
Ku meratap, aku mengharap,
 Am                        Dm
Ku meminta dihidupkan semula,
 G                                           Am
Agar dapat kembali ke dunia nyata,


Kord guitar doa 'tawassalna'

 Am                E
tawassalna bi bismillah,
 E                 Am
wa bil hadi rasulillah,

ulang 2x.

G                      F                 E            Am
wa kulli 'arifin billah wa ahlillahi ya Allah..[2x]
 Am                 Dm                     G                       C     
ya Allah...syumu silhuda syuyukhil waraa nujuu min nada..[2x]
E                                     Am      E          Am
bihinnas lahu min kulli azabi qadrillahi ya Allah...

Maksud doa :

"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah."

Fadhilatnya: Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Cara mengekalkan hubungan cinta

Ramai antara kita sebenarnya bercinta bukan atas dasar ketulusan hati, tetapi dengan wujudnya sebab-sebab yang lain. Contohnya, rupa dan harta atau mungkin dipaksa. (amboi) Mengapa kita tidak digalakkan cintakan seseorang kerana rupa dan harta tetapi boleh jika dengan sebab agama atau ilmu atau keturunannya ?  Sememangnya dalam Islam seperti yang terdapat dalam hadis Nabi, "Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".Jadi, jelaslah melalui hadis Nabi, baginda menggalakkan kita mencari pasangan yang beragama agar senang hidup kita di dunia dan di akhirat kelak. Okay, bila kita dah dapat pasangan, atau mungkin calon (hehe), kita kena jaga diri kita daripada menyakiti hati dia. Di bawah ni ada beberapa perkara yang perlu dijaga dalam mengekalkan hubungan :

1. Jangan mengungkit.
Sedarlah bahawa perbuatan mengungkit-ungkit adalah sangat menyakitkan hati seseorang. Mungkin niat kita untuk mengingatkan si dia bahawa bukan kita seorang yang perlu menanggung sesuatu beban dan si dia perlu faham keadaan itu, tetapi perbuatan ini sebenarnya telah memberi kesan yang amat dalam kepada hatinya ! selalunya yang bersikap begini adalah wanita kerana dia inginkan perhatian dan golongan ini sangat berkira apabila 'temperature' dah terlebih suhu. oops !

2.  Sentiasa berikan semangat dan berfikiran positif.
Kebanyakan kes perceraian yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan wanita gagal memahami situasi kesibukan suaminya bekerja dan akhirnya memilih jalan untuk menyakiti hati suami dengan berlaku curang atas alasan mereka bosan tiada teman di sisi. Sedangkan atas dasar apakah perkahwinan itu ? Bukankah tujuannya saling melengkapi dan saling memahami ? Tidak ada perasaan bersalahkah si isteri memadu kasih dengan lelaki lain di saat si suami kurang oksigen dalam darah gara-gara bekerja siang malam mencari nafkah demi mereka sekeluarga ? Jadi, kesabaran itu perlu dalam berumahtangga. Jika si suami bekerja 'outstation' berbulan-bulan lamanya misal kata, jangan serabutkan dia dengan tujahan soalan-soalan yang boleh membuatkan dia cari tempat lain untuk meluahkan perasaan atau menambah tekanannya, tetapi hantarkan pesanan ringkas yang bersifat positif kepadanya. Barulah dia bertambah sayang dan berkeyakinan terhadap isterinya. Cth : "Be strong, dear. May Allah ease your way. Miss you." Barulah sumai berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah :)

3.   Jangan bersikap kenakan yang berlebih2.
Sama ada lelaki atau wanita, kalau bersikap keanakan berlebihan sebenarnya memenatkan dan 'annoying'. Memanglah wanita yang bersikap keanak-anakan itu disukai lelaki dan begitu juga lelaki yang bersikap sedemikian terhadap pasangannya. Tetapi, bukanlah sepanjang masa sehingga merajuknya tak bertempat dan pemikirannya juga macam budak-budak. Lelaki sangat sukakan wanita yang matang dalam tindakannya kerana wanita selalu bertindak tanpa berfikir panjang berbanding lelaki mengikut kajian. Hal ini tidak bermaksud wanita itu serius 24 jam. Adakalanya boleh dibawa gurau dan turut melawak. Tetapi bila keadaan serius, maka perlulah jadi serius agar tidak tersalah bicara dan tindakan. Begitu juga perihalnya dengan lelaki. Selalu lelaki yang berperangai keanak-anakan ini adalah lelaki yang masih belajar dan tidak bekerja kerana mereka hanya bergantung kepada pinjaman atau FAMA (father mother). Hal kecil seperti lambat membalas sms atau waiting semasa dihubungi juga boleh menjadi isu besar buat golongan ini. Oleh itu, jika awal hubungan mereka sudah mula menunjukkan tanda2 seperti itu, nasihatkan mereka agar jangan mudah salah faham atau tinggalkan saja !

4.  Jangan selekeh.
Mana-mana orang pasti menginginkan pasangan yang bersih dan kemas. Jika rupanya tidak seperti Shukri Yahaya atau Scha Alyahya pun tak mengapa, asal pandai menjaga kekemasan dan kebersihan diri, itu sudah memadai. Jika suami pulang, isteri perlu menyambut kepulangan suami dalam keadaan kemas walaupun isteri juga penat baru pulang rumah. Inilah peluang yang boleh digunakan untuk merapatkan keintiman suami isteri dengan bermandi bersama-sama. Jika belum berkahwin, lelaki atau wanita perlu menjaga kekmasan diri semasa berjumpa. Ini adalah gambaran siapa diri anda yang sebenarnya. Selipar jamban semasa keluar 'dating' sangatlah ringkas. Tetapi, apa kata ubah sedikit gaya tu. Cubalah pula berkasut, kan lebih selamat dan kemas.

5.  Berdoa.
Doa itu senjata mukmin. Dengan hanya berdoa, banyak perkara ajaib boleh berlaku dengan izin Allah. Begitu juga dalam bab jodoh, setelah kita berusaha dan berkhtiar, serahkan selebihnya kepada Allah. Jangan takut, berdoalah banyak-banyak. Makin banyak kita berdoa, makin kuat hubungan kita dengan Allah. Jika ingin cintai dia, cintailah Allah dan Rasul dahulu, jika ingin rindui dia, rinduilah Allah dan Rasul dahulu.=)

*Selamat beramal =)